Selasa, 31 Desember 2013
Pemilihan Semula DAP Langgar Perlembagaan
Bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi yang dipecat keahliannya, David Dass berkata pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dijadualkan pada 29 September ini melanggar beberapa perkara dalam perlembagaan parti itu.
Satu daripada pelanggaran peraturan perlembagaan ialah pemilihan semula perlu diadakan di bawah satu Kongres Kebangsaan dan bukan satu Kongres Khas seperti yang diumumkan DAP.
Menurut portal The Mole hari ini, Dass berkata terdapat dua jenis kongres yang boleh digunakan oleh DAP, yang pertama ialah Kongres Khas dan kedua ialah Kongres Kebangsaan.
Menurut beliau, langkah DAP mengumumkan pemilihan semula itu diadakan di bawah satu Kongres Khas menyalahi perlembagaan.
“Kongres Khas tidak membenarkan parti menjalankan pemilihan, untuk satu pemilihan ia perlu dilaksakanakn di bawah Kongres Kebangsaan,” katanya.
Tambah beliau, perlembagaan DAP memperuntukkan Kongres Khas diadakan oleh pemimpin parti dan perwakilan hanya untuk membincangkan perkara tertentu melibatkan parti tanpa melibatkan sebarang pemilihan pucuk pimpinan.
Dass mengulas kenyataan dibuat oleh bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat baru-baru ini yang berkata Lim Guan Eng menetapkan 29 September untuk pemilihan semula CEC kerana takut ‘Dinasti Lim’ atau keluarga Lim akan menghadapi kejatuhan ekoran krisis pemilihan CEC sebelum ini.
Dass berkata seperkara lagi yang menjadikan pemilihan semula itu tidak sah, ialah pengurusan parti gagal memberikan notis 10 minggu lebih awal kepada semua Setiausaha Cawangan parti di seluruh negara.
“Menurut Perkara 8, Artikel 6 yang menyebut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mesti menghantar surat bertulis kepada semua Setiausaha Cawangan DAP 10 minggu sebelum pemilihan CEC akan diadakan.
“Bagi kami di cawangan Ladang Paroi, kami baru sahaja menerimanya,” katanya yang masih mempertahankan dirinya sebagai ahli DAP yang sah disebabkan anggota CEC yang ada kini tidak didiiktiraf oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sementara itu, blogger pisau.net dalam entrinya dua hari lalu menyebut pemilihan CEC DAP kini menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahlinya dan mereka menantinya dengan penuh prejudis.
Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.
“Nampaknya DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan. Dialog yang diadakah khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan atau kemenangan individu tertentu.
Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali lagi.
Justeru, tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput.
Mengulas entri itu, Dass berkata beliau pernah memaklumkan kepada Setiuasaha Penganjuran DAP Kebangsaan Anthony Loke berkenaan itu tetapi tidak diberi perhatian serius.
“Saya cuba bertanya Anthony tentang kongres akan datang, saya katakan padanya saya ada beberapa soalan untuk ditanyakan kepada dia, dia kemudian memaklumkan akan berjumpa saya secara peribadi, tetapi sejak itu dia seperti terus tidak mengendahkan saya,” katanya kepada The Mole.
Sementara itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Jenice Lee yang disingkirkan selepas bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum lalu turut sependapat dengan Dass.
Menurut beliau pemilihan semula DAP kali ini tidak berlandaskan apa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
Menjawab soalan adakah beliau akan bertanding pada pemilihan semula CEC itu nanti, Lee berkata beliau masih lagi ahli DAP dan namanya masih ada sebagai calon Pilihan Raya Umum lalu.
“Saya masih lagi ahli DAP, nama saya masih dilabelkan sebagai calon, sehingga hari ini saya tidak menerima sebarang surat menggugurkan saya sebagai calon dan pihak pengurusan parti masih tidak menyatakan apakah kesalahan saya sehingga saya disingkirkan,” kata Lee.
Sumber : The Mole/Pisau.net
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar