Senin, 16 Desember 2013

Nissan Perkenal MPV Jimat Minyak


PENGELUAR dan pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina baru yang dicipta untuk penjimatan penggunaan bahan api.

Model itu adalah yang terbaru sejak pelancaran Grand Livina kali pertama pada 2007.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM Tan Keng Meng berkata, model terbaru Nissan Grand Livina itu menggunakan enjin HR16DE atau MR18DE yang terbukti menjimatkan minyak.

“Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya ini dilengkapi teknologi yang menawarkan prestasi lebih lancar dan tahap penjimatan bahan api lebih tinggi.

“Stereng kuasa elektrik kereta ini pula memudahkan aspek pengendalian serta mengurangkan penggunaan minyak,” katanya di majlis pelancaran Nissan Grand Livina terbaru di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Menurut Keng Meng, ETCM menyasarkan untuk menjual 2,500 unit model terbaru ini menjelang akhir tahun ini.

Lebih 65,000 unit Nissan Grand Livina telah terjual sejak model pertama MPV ini dilancarkan pada 2007. – Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar