Jumat, 20 Desember 2013
Shabery SKMM tak berkuasa baiki FB Ahmad Said
Malaysiakini 19 Sep 2013
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata agensinya tidak bertanggungjawab ke atas akaun laman peminat Facebook Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang didakwa digodam individu tertentu.
Ahmad Shabery berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak berkuasa untuk mengubah atau memperbaiki akaun tersebut.
Katanya, pengendali akaun tersebut perlu membuat aduan secara terus kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Ramai patut tahu Facebook bukan medium yang gunakan pelayan (yang terletak) dalam negara kita, ianya bukan di bawah bidang kuasa SKMM untuk mengubah atau membaikinya.
"Individu itu sendiri perlu mengambil inisiatif menjaga akaun Facebook tanpa mengharapkan orang lain,” katanya yang memberi peringatan kepada pengendali akaun untuk lebih berhati-hati.
Laporan pada hari Isnin lalu menyebut, pihak pengurusan pejabat Menteri Besar telah membuat laporan kepada SKMM untuk siasatan lanjut atas kejadian tersebut.
Ahmad Said berkata laman itu digodam dua kali pada bulan ini.
"Kali pertama, individu terbabit mengemas kini status Facebook kononnya saya mahu menawarkan diri sebagai calon naib presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.
"Terbaru, status dikemas kini menyatakan kononnya saya mengumumkan cuti selama dua hari kepada rakyat Terengganu sempena program Walk 4 Malaysia," katanya.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar