Selasa, 17 Desember 2013
Daftar pemilih segera rugi tidak mengundi PRU13
Harakahdaily, | 13 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menggesa semua rakyat Malaysia yang telah berusia 21 tahun dan ke atas untuk mengambil kesempatan mendaftar diri sebagai pemilih.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) berkata, ini kerana tempoh pendaftaran pemilih hanya sehingga 31 Disember 2012 dan selepas itu kemungkinan besar rakyat Malaysia yang tidak berdaftar atau lambat mendaftar tidak berkesempatan mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Katanya, PAS WP menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan pada pertengahan atau akhir bulan Mac 2013 dan mandat kerajaan paling akhir adalah pada bulan April 2013.
Justeru, ujarnya hanya daftar pemilih yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi suku ke empat 2012 (sehingga Disember 2012) sahaja akan digunakan sebagai daftar pemilih yang sah.
“Bulan Disember 2012 telah berlalu hampir separuh bulan, dan tinggal separuh bulan lagi untuk dihabisi. Rakyat mesti menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sebelum tamatnya bulan Disember 2012 bagi mengelakkan hak mereka dinafikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mengundi dalam pilihanraya umum adalah suatu kewajipan kepada semua rakyat Malaysia yang layak.
Beliau menambah, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pilihanraya adalah proses bagi memilih kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara.
“Rakyat berhak menentukan pemimpin negaranya melalui proses pilihanraya.
“Kesilapan memilih pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri, mengkayakan kroni, rasuah, korup, menyeleweng serta menyalahgunakan kuasa akan merosakkan masa depan negara,” katanya lagi.
Justeru, kata beliau amat rugilah bagi mereka yang mensia-siakan peluang keemasan ini yang hadir hanya 5 tahun sekali.
Tambahnya, PAS WP percaya pilihanraya umum ke 13 adalah masa terbaik buat rakyat melakukan perubahan.
“Dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat, isu yang begitu banyak di negara ini dan bukti kebobrokan yang jelas dilakukan oleh kerajaan BN di hadapan mata, PAS WP merasa yakin rakyat akan melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan mandat baru bersama kerajaan Pakatan Rakyat akan mampu diraih dalam PRU ke 13 hasil dukungan dan sokongan rakyat,” ujarnya.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar