Sabtu, 21 Desember 2013
Lahad Datu Langkah Mayat Saya Dulu – Akjan
KOTA KINABALU – Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu yang sebenar meminta komuniti itu untuk tidak memberikan sebarang bantuan kepada kumpulan bersenjata Sulu yang sedang terlibat dalam pertempuran dengan anggota keselamatan Malaysia.
Akjan yang mendakwa sebagai pewaris sah kepada kesultanan Sulu berkata, komuniti Suluk di Sabah harus taat setia kepada Malaysia.
Sambil meminta saki lelaki bersenjata Sulu untuk meletakkan senjata mereka dan menyerah diri tanpa syarat, dia berkata kedegilan mereka hanya akan menyebabkan masalah itu berterusan.
“Saya ingin memberi amaran kepada komuniti Suluk di sini bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Oleh itu, mereka harus sentiasa taat setia kepada Malaysia dan menjadi antara yang pertama untuk tampil ke hadapan dalam mempertahankan negara.
“Lelaki bersenjata Sulu harus berundur tanpa meletakkan sebarang syarat.
“Jika mereka terus berdegil, ia hanya akan membawa banyak masalah kepada diri mereka.
“Jika anda (Tausug dari Filipina) ingin menuntut Sabah, jadi kami, komuniti Suluk dari Sabah, juga boleh membuat tuntutan itu. Namun apa yang perlu dituntut apabila kami kini adalah rakyat Malaysia sementara anda adalah kumpulan dari Republik Filipina sama seperti Jamalul Kiram III,” kata Akjan yang ditahan berhubung ‘Projek IC’.
“Langkah mayat saya dulu sebelum saya membenarkan rakyat Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian dari negara mereka,” katanya.
Akjan yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di Sabah berkata, mereka menyokong pendekatan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengusir keluar kumpulan bersenjata itu.
Dia berharap komuniti lain di Malaysia tidak beranggapan sterotaip terhadap komuniti Suluk di negara ini selepas insiden di Lahad Datu.
“Kami komuniti Suluk Sabah dan Malaysia, sudah berada di sini untuk sekian lama.
“Mustahil bagi kami untuk menjadi sebahagian dari Filipina,” katanya.
Akjan turut menuntut permohonan maaf daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kenyataannya yang mengaitkan Umno dalam pencerobohan rakyat asing itu. – mStar Online
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar