Sabtu, 01 Maret 2014
Ketua Pemuda Pas Kami optimis kuasai Putrajaya
sinarharian
14 November 2012
MUKADIMMAH
Nasrudin Hassan Tantawi yang mengetuai Dewan Pemuda Pas Pusat sejak empat tahun lalu berkongsi perjalanan dan kemajuan yang dicapai sayap pemuda itu bersama Sinar Harian Online.
Muktamar Pemuda Pas Pusat ke-53 akan dirasmikan malam ini. Di sebalik persidangan tahunan ini, sayap muda memikul tanggungjawab dan cabaran besar khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan masyarakat umum pada keseluruhannya. Ikuti suara hati ketua golongan muda ini bersama Sinar Harian Online yang disampaikan menerusi e-mel.
SINAR HARIAN ONLINE: Dewan Pemuda sekali lagi mengadakan muktamar tahunan. Muktamar kedua selepas pemilihan 2011 dan keempat di bawah pimpinan Ustaz. Sejauh mana perkembangan/kemajuan dilalui Dewan Pemuda di bawah kepimpinan Ustaz?
NASRUDIN: Terlebih dahulu saya mewakili Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sinar Harian Online kerana sudi menemu bual saya yang membawa suara orang muda.
Perkembangan dan kemajuan Dewan Pemuda Pas amat memberangsangkan dan cukup menarik terutama mutakhir ini sebelum menjelangnya PRU13. Saya telah menerajui kepimpinan DPPM hampir mencecah empat tahun, pelbagai usaha telah dilakukan bersama lakukan demi kepentingan Islam dan kemajuan ummah.
Antara perkara yang telah kami lakukan dalam tempoh tersebut :-
i- Menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda
ii- Mengoptimum penggunaan media baru bagi mendominasi pemikiran rakyat
iii- Menampilkan Pas sebagai parti yang prihatin dan pembela nasib rakyat
iv- Membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara
v- Memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan memposisikan Pas sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat
Melalui sokongan padu seluruh jentera pemuda di semua peringkat samada pusat, negeri, kawasan dan cawangan, kami telah berjaya meletakkan tahap pencapaian tersebut di tahap yang memuaskan dan baik. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperkasakan dari semasa ke semasa.

selengkapnyai
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar